bismillah..

Wednesday, September 29, 2010

MEWAH HARTA KAYA DOSA….

Apa ada pada harta jika penuh dengan dosa
Ada apa pada harta jika penuh dengan kerakusan
Ada apa pada harta jika penuh dengan kemaksiatan
Ada apa pada harta jika penuh dengan kebakhilan
Ada pada harta jika penuh dengan penindasan
Ada pada harta jika penuh dengan penipuan
Ada pada harta jika penuh dengan pembaziran

Manusia zaman ini berlumba-lumba mengejar harta dunia dan sedikit demi sedikit meninggalkan harta akhirat yang patut dikumpulnya..bak kata pepatah melayu sekarang, semakin kaya semakin miskin.. apa tidaknya, semakin seseorang itu mengejar kemewahan dunia semata-mata, akan tercicir sedikit demi sedikit dan akan hilang terus amalannya kepada Allah SWT. Mengejar kemewahan tidak salah salah di sisi Allah tetapi haruslah mereka mengimbangkan harta di dunia dan di akhirat. Jangan kaya di dunia sahaja, tetapi di akhirat nanti miskin dengan amalan.  Harta yang manusia peroleh sekarang adalah milik Allah dan harta tersebut juga merupakan ujian daripada Allah supaya hambanya dapat menggunakan harta tersebut ke jalan yang benar. Tetapi apa yeng telah terjadi pada masa kini? Yang kaya semain kaya dan yang miskin semakin miskin.. mengapa perkara itu harus terjadi sedangkan agama kita mengajar umatnya untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Jika masyarakat zaman kini memegang prinsip bantu membantu sebagai pegangan hidup, tidak akan wujud lagi masalah miskin tegar di Negara kita ini.
            Masalah yang berlaku pada masa kini adalah harta yang dimiliki tidak diuruskan dengan cara atau jalan yang sebaiknya. Islam telah meletakkan satu jalan yang baik untuk menguruskan harta di samping membantu umat yang lain. Cara tersebut adalah dengan menunaikan zakat dan sedekah. Melalui amal tersebut, seseorang bukan sahaja dapat membantu orang lain, malah diberi ganjaran yang besar di akhirat kelak. Janganlah pula sedekah tersebut semata-mata untuk menunjukkan kepada orang ramai amal kita tersebut. Tetapi jika ingin memberi, beri lah dengan hati yang ikhlas dan tulus..bak kata pepatah, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya..dengan cara itulah sedekah tersebut boleh dikatakan ikhlas tanpa wujud sebarang perasaan bangga diri.
            Kita perlu juga saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak mengamalkan perbuatan-perbuatan keji untuk mendapatkan harta. Contohnya seperti judi, nombor ekor, rasuah dan sebagainya. Harta tersebut bukan sahaja haram malah akan mendatangkan musibah kepada individu yang mengamalkan perbuatan tersebut. kita hidup bermasyarakat perlulah peka dengan perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat di sekeliling kita kerana Allah SWT akan menimpakan azab bukan sahaja kepada seorang pesalah sahaja, malah Allah akan menimpakan azab kepada seluruh kawasan di mana terdapat individu yang melanggar perintah Allah. Azab yang Allah timpakan, dapat kita lihat pada masa kini seperti tsunami, gempa bumi, rebut, taufan, dan sebagainya. Azab yang Allah timpakan tersebut adalah sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia supaya mengikut syariat yang Allah tetapkan dan meninggalkan segala larangannya.
                 

No comments:

Post a Comment