bismillah..

Friday, October 1, 2010

Cinta Aku Seadanya….

Harini  saya habis baca satu novel baru dan baru beli semalam petang…novel ni mengisahkan seorang wanita yang mempunyai tanda lahir di pipi dan sering dicerca dan ditakuti oleh orang ramai..tetapi wanita tersebut tabah dan di sisi ibunya sahaja, dia dapat melepaskan segala keluhan dan kesedihannya apabila dikutuk dan dicerca oleh rakan sekolah dan orang ramai..keaadaan itu, telah menyebabkan wanita tersebut hanya menjadikan rumahnya sebagai tempat yang paling dirasakan selamat olehnya..sehinggakan apabila beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di university, terpaksa dia menolaknya kerana takut dicerca dan tidak ada siapa yang mahu berkawan dengannya…

Sepanjang saya menghabiskan bacaan saya, saya sempat menasihati diri sendiri supaya bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita..tidak semua makhluk Allah diciptakan dalam  keaadaan yang sempurna. Tetapi ciptaan yang tidak sempurna itulah menjadi motivasi dan muhasabah pada diri kita untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah telah kurniakan. Jangan kita memandang jijik atau serong kepada sesiapa yang mempunyai kekurangan, kerana kita sendiri mempunyai kekurangan walaupun tidak kelihatan dari sudut fizikal.

Bukan setakat manusia sahaja yang kita tidak boleh hina, pandang jijik, cerca dan sebagainya, malah makhluk Allah yang lain juga kita tidak boleh berbuat demikian kerana semua makhluk adalah ciptaan Allah. Dan mencerca ciptaan Allah sama seperti kita mencerca Allah. Nauzubillah… jangan sesekali kita melakukan kesalahan yang dipandang kecil tetapi cukup besar dosanya.. contohnya seperti memarahi haiwan yang cuba mendekati kita untuk meminta makanan seperti kucing…jangan pula kita menghina haiwan tersebut dengan mengatakan…” ish binatang ni, dah la hodoh, berkurap pulak tu..boleh pulak minta makanan pada aku, tak nak aku bagi”…haiwan yang tidak mempunyai akal tersebut tidak patut dimarahi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal sepatutnya membantu haiwan tersebut untuk mendapatkan makanan…

Jika kita ditimpa kesusahan, jangan pula kita menyalahkan takdir. Kerana segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah dan kita perlu terima segala qada’ dan qadar yang Allah telah tetapkan…

Wednesday, September 29, 2010

MEWAH HARTA KAYA DOSA….

Apa ada pada harta jika penuh dengan dosa
Ada apa pada harta jika penuh dengan kerakusan
Ada apa pada harta jika penuh dengan kemaksiatan
Ada apa pada harta jika penuh dengan kebakhilan
Ada pada harta jika penuh dengan penindasan
Ada pada harta jika penuh dengan penipuan
Ada pada harta jika penuh dengan pembaziran

Manusia zaman ini berlumba-lumba mengejar harta dunia dan sedikit demi sedikit meninggalkan harta akhirat yang patut dikumpulnya..bak kata pepatah melayu sekarang, semakin kaya semakin miskin.. apa tidaknya, semakin seseorang itu mengejar kemewahan dunia semata-mata, akan tercicir sedikit demi sedikit dan akan hilang terus amalannya kepada Allah SWT. Mengejar kemewahan tidak salah salah di sisi Allah tetapi haruslah mereka mengimbangkan harta di dunia dan di akhirat. Jangan kaya di dunia sahaja, tetapi di akhirat nanti miskin dengan amalan.  Harta yang manusia peroleh sekarang adalah milik Allah dan harta tersebut juga merupakan ujian daripada Allah supaya hambanya dapat menggunakan harta tersebut ke jalan yang benar. Tetapi apa yeng telah terjadi pada masa kini? Yang kaya semain kaya dan yang miskin semakin miskin.. mengapa perkara itu harus terjadi sedangkan agama kita mengajar umatnya untuk saling bantu membantu antara satu sama lain. Jika masyarakat zaman kini memegang prinsip bantu membantu sebagai pegangan hidup, tidak akan wujud lagi masalah miskin tegar di Negara kita ini.
            Masalah yang berlaku pada masa kini adalah harta yang dimiliki tidak diuruskan dengan cara atau jalan yang sebaiknya. Islam telah meletakkan satu jalan yang baik untuk menguruskan harta di samping membantu umat yang lain. Cara tersebut adalah dengan menunaikan zakat dan sedekah. Melalui amal tersebut, seseorang bukan sahaja dapat membantu orang lain, malah diberi ganjaran yang besar di akhirat kelak. Janganlah pula sedekah tersebut semata-mata untuk menunjukkan kepada orang ramai amal kita tersebut. Tetapi jika ingin memberi, beri lah dengan hati yang ikhlas dan tulus..bak kata pepatah, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya..dengan cara itulah sedekah tersebut boleh dikatakan ikhlas tanpa wujud sebarang perasaan bangga diri.
            Kita perlu juga saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya tidak mengamalkan perbuatan-perbuatan keji untuk mendapatkan harta. Contohnya seperti judi, nombor ekor, rasuah dan sebagainya. Harta tersebut bukan sahaja haram malah akan mendatangkan musibah kepada individu yang mengamalkan perbuatan tersebut. kita hidup bermasyarakat perlulah peka dengan perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat di sekeliling kita kerana Allah SWT akan menimpakan azab bukan sahaja kepada seorang pesalah sahaja, malah Allah akan menimpakan azab kepada seluruh kawasan di mana terdapat individu yang melanggar perintah Allah. Azab yang Allah timpakan, dapat kita lihat pada masa kini seperti tsunami, gempa bumi, rebut, taufan, dan sebagainya. Azab yang Allah timpakan tersebut adalah sebagai peringatan kepada seluruh umat manusia supaya mengikut syariat yang Allah tetapkan dan meninggalkan segala larangannya.
                 

Monday, August 23, 2010

JIN ANAK MANUSIA

SEBAGAIMANA YANG TELAH KITA KETAHUI BAHAWA AMALAN ‘MEMBELA’ ATAU MEMILIKI JIN MERUPAKAN AMALAN YANG TELAH LAMA SEJAK ZAMAN NENEK MOYANG KITA LAGI. TETAPI ADAKAH ISLAM MEMBENARKANNYA?.  JIN MERUPAKAN MAKHLUK YANG ALLAH CIPTAKAN DARIPADA API BIRU DAN TELAH BERAMAL BERPULUH RIBU TAHUN LAMANYA. APABILA ALLAH SWT MEMERINTAHKAN SUPAYA JIN UNTUK MENGHORMATI NABI ADAM, MEREKA INGKAR DAN ALLAH MELAKNAT SERTA MEMERINTAHKANNYA TURUN KE BUMI. JIN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU JIN ISLAM DAN SYAITAN. SYAITAN YANG TURUN KE BUMI SEMUANYA ADALAH BERTUJUAN MENGHASUT DAN MEMPORAK PERANDAKAN MANUSIA. JIN ISLAM PULA TERBAHAGI KEPADA JIN ISLAM YANG SOLEH DAN JIN ISLAM YANG TIDAK SOLEH.

                MASYARAKAT MELAYU PADA MASA KINI MASIH LAGI MENGAMALKAN AMALAN ‘MEMBELA’ JIN TERSEBUT ATAS TUJUAN-TUJUAN TERTENTU SEPERTI MENGUBATI ORANG, MENJAGA KELUARGA MEREKA DAN SEBAGAINYA. ADA JUGA YANG MEMBELA JIN TERSEBUT ATAS TUJUAN YANG TIDAK BAIK SEPERTI SIHIR, SANTAU, PUKAU DAN SEBAGAINYA. TETAPI APA PUN ALASAN YANG MEREKA KEMUKAKAN BERIKUTAN MEMBELA JIN INI, ALLAH TELAH MENYATAKAN DALAM SURAH AL-JIN BAHAWA PERBUATAN TERSEBUT AKAN MENDATANGKAN KEMUDHARATAN.

¼çm¯Rr&ur tb%x. ×A%y`Í z`ÏiB ħRM}$# tbrèŒqãètƒ 5A%y`̍Î/ z`ÏiB Çd`Ågø:$# öNèdrߊ#tsù $Z)ydu ÇÏÈ
Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
                                                                                (SURAH AL-JIN : 6)

                APABILA ADA YANG MEMPERKATAKAN APA BEZANYA MANUSIA DAN JIN? JIN JUGA MAKHLUK ALLAH SWT SEPERTI MANUSIA. KITA  TIDAK DAPAT MENOLAK BAHAWA JIN JUGA MERUPAKAN MAKHLUK ALLAH TETAPI MENGAPA KITA TIDAK MEMINTA BANTUAN DARIPADA MANUSIA SENDIRI. MENGAPA ADA LAGI MANUSIA YANG MAHU MEMINTA BANTUAN DARIPADA JIN? MANUSIA DIJADIKAN OLEH ALLAH SEBAGAI SEBAIK BAIK MAKHLUK DAN  SALAH SATU TUJUAN MANUSIA DICIPTA ADALAH UNTUK MENJADI KHALIFAH DI BUMI INI. PADA PENDAPAT PENULIS, AMALAN MEMBELA JIN DI KALANGAN MASYARAKAT MASA KINI AKAN MEMBAWA KEMUDHARATAN KEPADA INDIVIDU TERSEBUT KERANA ALLAH SWT TELAH MENEGASKAN DALAM AL-QURAN BAHAWA AMALAN TERSEBUT AKAN MEMBAWA KEMUDHARATAN. 

Monday, August 9, 2010

PERTUKARAN WATAK...

Lelaki berwatakkan perempuan dan perempuan yang berwatakkan lelaki..adakah ia adalah takdir dari Allah ataupun kehendak manusia sendiri? Persoalan tersebut sering menjadi tanda tanya pada masyarakat masa kini. Bila ditanya kepada kelompok yang berubah watak ini, mereka akan menjawab, “dah takdir, nak buat macam mana”.. bila ditanya kepada kelompok lain, mereka akan menjawab pula, “ mereka tu semua sampah masyarakat”. Tapi apakah tindakan mereka jika mereka menuduh golongan yang berubah watak ini sebagai sampah masyarakat. Sering di warwarkan dalan media cetak dan massa ‘ kebersihan tanggungjawab bersama’. Tetapi golongan yang dianggap sampah ini, mengapa tidak banyak pihak yang cuba membersihkannya? Adakah mereka bukan lagi termasuk dalam saudara seislam yang diamalkan oleh agama kita.

            Siapakah yang sewajarnya menjawab persoalan-persoalan tersebut?.. sebagai umat islam yang bertanggungjawab, kita haruslah melaksanakan perintah Allah iaitu menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kepada yang mungkar. Ini merupakan tanggungajawab kepada semua umat Islam dan kita haruslah menyelesaikan setiap persoalan-persoalan yang wujud dalam kelompok masyarakat kita sendiri. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-imran 3:104.


`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôtƒ n<Î) ÎŽösƒø:$# tbrããBù'tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ
 Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
           

Pertukaran jantina merupakan masalah sosial yang berat selain dari merompak, rempit, zina dan sebagainya.                 Masalah ini adalah masalah yang berkaitan dengan agama selain berkait juga dengan masyarakat dan Negara. Masyarakat tidak patut membiarkan sahaja mereka meneruskan hidup mereka dengan bergelumag dengan dosa. Perbuatan menukar jantina merupakan dosa besar dan dilaknat oleh Allah SWT. Sebagaimana hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

            Daripada Ibn Abbas r.a bahawa : “Rasulullah SAW melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki”.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang memakai pakainan wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”.

            Sebagaimana hadis yang telah dikemukakan tersebut, jelaslah perlakuan menukar jantina merupakan dosa besar dan dilaknat oleh Allah SWT. Hadis Rasulullah ataupun perintah daripada Allah yang disertai dengan laknat merupakan satu perintah yang keras dan disusuli dengan azab yang pedih di akhirat. Kita sebagai umat islam perlulah saling ingat mengingati tentang perintah dan larangan Allah ini kerana Allah tidak menurunkan azab kepada mereka sahaja, malah Allah akan menimpakan azab yang besar semasa di dunia ini dan akan melibatkan satu kawasan yang besar. Kini kita telah melihat contoh-contoh azab Allah di dunia ini seperti Tsunami, gempa bumi, banjir kilat, wabak penyakit dan sebagainya yang telah megorbankan banyak nyawa. Azab Allah semasa di dunia ini sahaja telah menyebabkan ramai orang merintih, belum lagi semasa di alam kubur, padang mahsyar dan di ahirat kelak dimana Allah SWT akan menimpakan azab sangat pedih kepada mereka yang melakukan dosa besar ini.
           
Jika ada yang mengatakan masalah pertukaran jantina ini adalah kerana keinginan dan naluri mereka sendiri, bagaimana pula dengan perogol, penagih dadah, pembunuh, dan ramai lagi. Adakah semua ini kerana naluri mereka sejak dilahirkan? Alasan tersebut langsung tidak boleh diterima kerana Allah menciptakan manusia dengan sifat yang sama dan mempunyai fitrah kehidupan yang sama. Allah tidak menciptakan manusia dengan dua kelompok iaitu kelompok yang baik dan kelompok yang jahat. Wujudnya kelompok yang bermasalah dengan kelompok yang tidak bermasalh aalah kerana manusia sendiri yang tidak mengamalkan hidup berlandaskan ajaran dan syariat daripada Allah SWT.

Masalah ini haruslah dibendung dengan sebaiknya oleh keluarga, rakan, masyarakat dan juga oleh Negara ini sendiri.  Sebagai keluarga, janganlah kita terus mengenepikan mereka yang berubah jantina ini, malah kita haruslah mendorong mereka untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Banyak masalah kini timbul apabila ibu bapa sendiri tidak mahu masuk campur lagi dalam kehidupan anak-anak yang sudah berubah jantina ini. Tanggungjawab yang Allah perintahkan kepada setiap ibu bapa supaya mendidik anak dengan sewajarnya tidak terbatas semasa anak-anak kecil lagi, malah ibu bapa haruslah menjadi model ataupun sumber rujukan anak-anak sehinggalah mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dan ibu bapa jugalah merupakan teman rapat anak-anak yang mampu untuk berkongsi masalah dan menyelesaikannya bersama-sama. Berilah dorongan kepada anak-anak yang mempunyai masalah ini supaya bertaubat dan kembali kepada syariat Allah SWT.

Selain keluarga, rakan juga merupakan teman akrab yang sering menjadi peneman, penghibur dan ada juga yang menjadi pengkhianat. Alasan mengapa saya katakana teman sebagai pengkhianat adalah kerana punca masalah pertukaran jantina ini  berlaku adalah kerana hasutan rakan-rakan yang telah lama terlibat dalam kancah maksiat tersebut. Apalah gunanya mempunyai rakan seperti ini yang sanggup menghancurkan hidup rakannya sendiri. Jadi, sebagai rakan yang masih mempunyai perasaan dan iman di dalam diri, bantulah rakan itu supaya kembali ke pangkal jalan dan buanglah segala perlakuan-perlakuan songsang tersebut.

Masyarakat pula tidak sewajarnya melihat dan mentertawakannya sahaja. Kerana perlakuan melihat sahaja tersebut akan membuatkan mereka rasa diri mereka tidak bersalah dan masalah tersebut sampai bila-bila tidak akan selesai. Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya masyarakat haruslah mengambil pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk mengubah jalan hidup mereka daripada kehidupan yang bergelumang dengan dosa tersebut. Masyarakat perlulah berani untuk berhadapan dan memberikan nasihat yang sewajarnya supaya mereka sedar akan kesilapan dalam hidup mereka tersebut. Janganlah pula kita memandang jijik kepada golongan ini, kerana Islam tidak mengajar kita untuk melakukan sedemikian.

Negara ini merupakan Negara yang majoritinya berpenduduk melayu dan beragama Islam. Tidak salah jika saya katakana negakkra ini merupakan Negara Islam. Tetapi masih wujud banyak masalah-masalah social yang antaranya adalah masalah pertukaran jantina. Rata-rata yang terlibat dalam masalah ini adalah orang melayu yang beragama Islam. Jadi sebagai Negara yang maju dan berasaskan agama Islam ini, perlulah wujudnya jalan penyelesaian yang mampu mengatasi masalah yang kian parah ini. Jangan hanya mampu menyesal sekiranya Allah SWT menimpakan azab yang dashat kepada Negara ini.