Harini saya habis baca satu novel baru dan baru beli semalam petang…novel ni mengisahkan seorang wanita yang mempunyai tanda lahir di pipi dan sering dicerca dan ditakuti oleh orang ramai..tetapi wanita tersebut tabah dan di sisi ibunya sahaja, dia dapat melepaskan segala keluhan dan kesedihannya apabila dikutuk dan dicerca oleh rakan sekolah dan orang ramai..keaadaan itu, telah menyebabkan wanita tersebut hanya menjadikan rumahnya sebagai tempat yang paling dirasakan selamat olehnya..sehinggakan apabila beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di university, terpaksa dia menolaknya kerana takut dicerca dan tidak ada siapa yang mahu berkawan dengannya…
Sepanjang saya menghabiskan bacaan saya, saya sempat menasihati diri sendiri supaya bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita..tidak semua makhluk Allah diciptakan dalam keaadaan yang sempurna. Tetapi ciptaan yang tidak sempurna itulah menjadi motivasi dan muhasabah pada diri kita untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah telah kurniakan. Jangan kita memandang jijik atau serong kepada sesiapa yang mempunyai kekurangan, kerana kita sendiri mempunyai kekurangan walaupun tidak kelihatan dari sudut fizikal.
Bukan setakat manusia sahaja yang kita tidak boleh hina, pandang jijik, cerca dan sebagainya, malah makhluk Allah yang lain juga kita tidak boleh berbuat demikian kerana semua makhluk adalah ciptaan Allah. Dan mencerca ciptaan Allah sama seperti kita mencerca Allah. Nauzubillah… jangan sesekali kita melakukan kesalahan yang dipandang kecil tetapi cukup besar dosanya.. contohnya seperti memarahi haiwan yang cuba mendekati kita untuk meminta makanan seperti kucing…jangan pula kita menghina haiwan tersebut dengan mengatakan…” ish binatang ni, dah la hodoh, berkurap pulak tu..boleh pulak minta makanan pada aku, tak nak aku bagi”…haiwan yang tidak mempunyai akal tersebut tidak patut dimarahi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal sepatutnya membantu haiwan tersebut untuk mendapatkan makanan…
Jika kita ditimpa kesusahan, jangan pula kita menyalahkan takdir. Kerana segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah dan kita perlu terima segala qada’ dan qadar yang Allah telah tetapkan…
